TEMPAT MAKANAN : MAGGI TIRAM POK WEIL
TEKS : NORWAHIDA BINTI OSMAN
Tadaaaaaaa!!!!!
Okay kalini bersama saya dalam cerita makan makannnnn⧫ Okay kalini kita pergi ke Bachok untuk merasai salah satu makanan yang paling popular di Kelantan. Senang cerita, sesiapa yang pergi Kelantan sudah semestinya nak merasai apa itu "maggi tiram". Okay nama kedai ni ialah "Maggi Tiram Pok Weil" yang terletak di Bachok, Kelantan. Kedai ni terletak di sebuah perkampungan di Bachok dan jauh daripada kesesakan lalu lintas. Sebelum sampai ke kedai ni, kita akan lalu kawasan kampung dengan pemandangan pokok kelapa tinggi-tinggi melangit gituw.
Pok Weil adalah seorang guru tarian dikir barat dan memelihara tiramnya sendiri. Kerlas kau!!!!! Oleh itu, beliau menggunakan hasil pemeliharaannya dengan membuka kedai makan yang berasaskan tiram tersebut. Beliau juga menghasilkan pelbagai jenis makanan berasaskan tiram tersebut. Warung Pok Weil ini sesuai kepada semua pelancongan yang datang ke Kelantan. Warung tersebut bersih dan comei belako. Disekeliling warung ini dipenuhi dengan pokok-pokok yang dihias bagi menampakkan warung tersebut nampak cantik dan mewah. Bahkan, ruang parkir khas juga disediakan kepada semua pelanggan dibelakang warung dan di bawah pokok-pokok kelapa.
Okay korang sendiri boleh tengok menu menu atas ni. Kan tadi dah habaq warung Pok Weil ni jual pelbagai jenis makanan. Nasi goreng, mee, kuew teow dan maggi goreng juga. But mostly customer yang datang akan order maggi tomyam tiramnya. Tak lupa juga yang paling famous sekali ialah... tiram segar yang di makan bersama sos cili, Seriously yang ni korang should try!!!! Mostly orang makan tiram fresh dengan jus lemon dan tobasco kan? So warung Pok Weil ni buat kelainan sikit daripada yang lain iaitu depa guna sos cili dan tuang atas tiram tu. Harga untuk satu tiram fresh tu RM2 ya jah.Haaaa apa lagi, gi try deh kalau pi Kelantan ni.
sumber, google
xoxo,wahida➧
No comments:
Post a Comment