TEKS : NORWAHIDA BINTI OSMAN
Untuk kali ini, saya terjumpa satu resort yang sangat
menarik dan cantik. Bila tengok pada gambar ianya telah menarik untuk saya
apply cuti dan menikmati panorama disana. Ala Riverview ini terletak di
Jalan Raja Perempuan Zainab 2 Kota Bahru, Kelantan. Terletak di tebing sungai
Pangkalan Datu bersebelahan Jambatan Pulau Melaka, suasana kampung yang nyaman
dengan pemandangan alam semulajadi di resort ini pasti mempesonakan setiap
tetamu yang datang. Pada pendapat saya, Ala Riverview ini sangat sesuai kepada
pasangan baru berkahwin dan merancang untuk berhoneymoon kerana suasana sekitarnya yang
mendamaikan serta "private home". Bukan itu sahaja, Ala
Riverview ini jugak sesuai kepada keluarga yang hendak bercuti dan melarikan
diri dari kesibukan bandar.
Menariknya resort ini betul-betul ditepi sungai yang bersih dan cantik.
Jadi sambil menginap,deria telingan akan disapa dengan bunyi-bunyi aliran air
sungai yang mendamaikan. Nak lagi best, disini juga ada swimming pool yang
agak besar untuk bersuka ria bersama keluarga. Mostly semua orang suka resort
yang akan swimming pool kan? Bukan itu sahaja, pelancong juga boleh
menikmati matahari terbenam sehingga dapat memukau mata yang memandangnya. Jadi
macam mana?
Dah terbayang- bayang diri anda bersantai sambil melihat keindahan yang
terdapat di Ala Riverview ini?
Sumber, google
xoxo,wahida➧
No comments:
Post a Comment