TEMPAT MAKANAN : MAGGI TIRAM POK WEIL
TEKS : NORWAHIDA BINTI OSMAN
Tadaaaaaaa!!!!!
Okay kalini bersama saya dalam cerita makan makannnnn⧫ Okay kalini kita pergi ke Bachok untuk merasai salah satu makanan yang paling popular di Kelantan. Senang cerita, sesiapa yang pergi Kelantan sudah semestinya nak merasai apa itu "maggi tiram". Okay nama kedai ni ialah "Maggi Tiram Pok Weil" yang terletak di Bachok, Kelantan. Kedai ni terletak di sebuah perkampungan di Bachok dan jauh daripada kesesakan lalu lintas. Sebelum sampai ke kedai ni, kita akan lalu kawasan kampung dengan pemandangan pokok kelapa tinggi-tinggi melangit gituw.
Pok Weil adalah seorang guru tarian dikir barat dan memelihara tiramnya sendiri. Kerlas kau!!!!! Oleh itu, beliau menggunakan hasil pemeliharaannya dengan membuka kedai makan yang berasaskan tiram tersebut. Beliau juga menghasilkan pelbagai jenis makanan berasaskan tiram tersebut. Warung Pok Weil ini sesuai kepada semua pelancongan yang datang ke Kelantan. Warung tersebut bersih dan comei belako. Disekeliling warung ini dipenuhi dengan pokok-pokok yang dihias bagi menampakkan warung tersebut nampak cantik dan mewah. Bahkan, ruang parkir khas juga disediakan kepada semua pelanggan dibelakang warung dan di bawah pokok-pokok kelapa.
Okay korang sendiri boleh tengok menu menu atas ni. Kan tadi dah habaq warung Pok Weil ni jual pelbagai jenis makanan. Nasi goreng, mee, kuew teow dan maggi goreng juga. But mostly customer yang datang akan order maggi tomyam tiramnya. Tak lupa juga yang paling famous sekali ialah... tiram segar yang di makan bersama sos cili, Seriously yang ni korang should try!!!! Mostly orang makan tiram fresh dengan jus lemon dan tobasco kan? So warung Pok Weil ni buat kelainan sikit daripada yang lain iaitu depa guna sos cili dan tuang atas tiram tu. Harga untuk satu tiram fresh tu RM2 ya jah.Haaaa apa lagi, gi try deh kalau pi Kelantan ni.
sumber, google
xoxo,wahida➧
Sunday, October 13, 2019
ENTRI 2 : HOTEL, RESORT, LODGE OR CHALET
RESORT : ALA RIVERVIEW
TEKS : NORWAHIDA BINTI OSMAN
TEKS : NORWAHIDA BINTI OSMAN
Untuk kali ini, saya terjumpa satu resort yang sangat
menarik dan cantik. Bila tengok pada gambar ianya telah menarik untuk saya
apply cuti dan menikmati panorama disana. Ala Riverview ini terletak di
Jalan Raja Perempuan Zainab 2 Kota Bahru, Kelantan. Terletak di tebing sungai
Pangkalan Datu bersebelahan Jambatan Pulau Melaka, suasana kampung yang nyaman
dengan pemandangan alam semulajadi di resort ini pasti mempesonakan setiap
tetamu yang datang. Pada pendapat saya, Ala Riverview ini sangat sesuai kepada
pasangan baru berkahwin dan merancang untuk berhoneymoon kerana suasana sekitarnya yang
mendamaikan serta "private home". Bukan itu sahaja, Ala
Riverview ini jugak sesuai kepada keluarga yang hendak bercuti dan melarikan
diri dari kesibukan bandar.
Menariknya resort ini betul-betul ditepi sungai yang bersih dan cantik.
Jadi sambil menginap,deria telingan akan disapa dengan bunyi-bunyi aliran air
sungai yang mendamaikan. Nak lagi best, disini juga ada swimming pool yang
agak besar untuk bersuka ria bersama keluarga. Mostly semua orang suka resort
yang akan swimming pool kan? Bukan itu sahaja, pelancong juga boleh
menikmati matahari terbenam sehingga dapat memukau mata yang memandangnya. Jadi
macam mana?
Dah terbayang- bayang diri anda bersantai sambil melihat keindahan yang
terdapat di Ala Riverview ini?
Sumber, google
xoxo,wahida➧
ENTRI 1 : TEMPAT MENARIK
PANTAI MEK MAS
TEKS : NORWAHIDA BINTI OSMAN
xoxo wahida ➧
MAKLUMAT DIRI
NORWAHIDA BINTI OSMAN
EYDA
HOSPITAL BERSALIN KUALA LUMPUR
EDUCATION : DIPLOMA IN EVENT MANAGEMENT & DEGREE IN ENTERPRENEURSHIP HOSPITALITY
SHOPPING
ROMANCE
MELANCONG DAN SPORTS
FINANCE
FACEBOOK : Nor Wahida & INSTAGRAM : nnorwahida
LECTURER
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
RESORT : ALA RIVERVIEW TEKS : NORWAHIDA BINTI OSMAN Untuk kali ini, saya terjumpa satu resort yang sangat menarik dan cantik. B...
-
PANTAI MEK MAS TEKS : NORWAHIDA BINTI OSMAN Pantai Mek Mas adalah pantai yang terkenal dengan pantai padang pasir. Pantai ini ...
-
NORWAHIDA BINTI OSMAN EYDA wahidaosmn@gmail.com HOSPITAL BERSALIN KUALA LUMPUR EDUCATION : DIPLOMA IN EVENT MANAGEMENT ...