Sunday, October 13, 2019

ENTRI 3 : TEMPAT MAKANAN YANG MENARIK

TEMPAT MAKANAN : MAGGI TIRAM POK WEIL
TEKS : NORWAHIDA BINTI OSMAN


Tadaaaaaaa!!!!!
Okay kalini bersama saya dalam cerita makan makannnnn⧫ Okay kalini kita pergi ke Bachok untuk merasai salah satu makanan yang paling popular di Kelantan. Senang cerita, sesiapa yang pergi Kelantan sudah semestinya nak merasai apa itu "maggi tiram". Okay nama kedai ni ialah "Maggi Tiram Pok Weil" yang terletak di Bachok, Kelantan. Kedai ni terletak di sebuah perkampungan di Bachok dan jauh daripada kesesakan lalu lintas. Sebelum sampai ke kedai ni, kita akan lalu kawasan kampung dengan pemandangan pokok kelapa tinggi-tinggi melangit gituw. 

Pok Weil adalah seorang guru tarian dikir barat dan memelihara tiramnya sendiri. Kerlas kau!!!!! Oleh itu, beliau  menggunakan hasil pemeliharaannya dengan membuka kedai makan yang berasaskan tiram tersebut. Beliau juga menghasilkan pelbagai jenis makanan berasaskan tiram tersebut. Warung Pok Weil ini sesuai kepada semua pelancongan yang datang ke Kelantan. Warung tersebut bersih dan comei belako. Disekeliling warung ini dipenuhi dengan pokok-pokok yang dihias bagi menampakkan warung tersebut nampak cantik dan mewah. Bahkan, ruang parkir khas juga disediakan kepada semua pelanggan dibelakang warung dan di bawah pokok-pokok kelapa. 


Okay korang sendiri boleh tengok menu menu atas ni. Kan tadi dah habaq warung Pok Weil ni jual pelbagai jenis makanan. Nasi goreng, mee, kuew teow dan maggi goreng juga. But mostly customer yang datang akan order maggi tomyam tiramnya. Tak lupa juga yang paling famous sekali ialah... tiram segar yang di makan bersama sos cili, Seriously yang ni korang should try!!!! Mostly orang makan tiram fresh dengan jus lemon dan tobasco kan? So warung Pok Weil ni buat kelainan sikit daripada yang lain iaitu depa guna sos cili dan tuang atas tiram tu. Harga untuk satu tiram fresh tu RM2 ya jah.Haaaa apa lagi, gi try deh kalau pi Kelantan ni. 

sumber, google 

xoxo,wahida➧

ENTRI 2 : HOTEL, RESORT, LODGE OR CHALET

RESORT : ALA RIVERVIEW
TEKS : NORWAHIDA BINTI OSMAN


Untuk kali ini, saya terjumpa satu resort yang    sangat menarik dan cantik. Bila tengok pada gambar ianya telah menarik untuk saya apply cuti dan menikmati  panorama disana. Ala Riverview ini terletak di Jalan Raja Perempuan Zainab 2 Kota Bahru, Kelantan. Terletak di tebing sungai Pangkalan Datu bersebelahan Jambatan Pulau Melaka, suasana kampung yang nyaman dengan pemandangan alam semulajadi di resort ini pasti mempesonakan setiap tetamu yang datang.  Pada pendapat saya, Ala Riverview ini sangat sesuai kepada pasangan baru berkahwin dan merancang untuk berhoneymoon kerana suasana sekitarnya yang  mendamaikan serta "private home". Bukan itu sahaja, Ala Riverview ini jugak sesuai kepada keluarga yang hendak bercuti dan melarikan diri dari kesibukan bandar.

Menariknya resort ini betul-betul ditepi sungai yang bersih dan cantik. Jadi sambil menginap,deria telingan akan disapa dengan bunyi-bunyi aliran air sungai yang mendamaikan.  Nak lagi best, disini juga ada swimming pool yang agak besar untuk bersuka ria bersama keluarga. Mostly semua orang suka resort yang akan swimming pool kan?  Bukan itu sahaja, pelancong juga boleh menikmati matahari terbenam sehingga dapat memukau mata yang memandangnya. Jadi macam mana?

Dah terbayang- bayang diri anda bersantai sambil melihat keindahan yang terdapat di Ala Riverview ini?
Sumber, google

xoxo,wahida➧

ENTRI 1 : TEMPAT MENARIK


PANTAI MEK MAS 
TEKS : NORWAHIDA BINTI OSMAN 


Pantai Mek Mas adalah pantai yang terkenal dengan pantai padang pasir. Pantai ini jugak seakan dengan pantai Klebang di Melaka. Oleh itu pantai Mek Mas ini terletak di Jalan Pantai Cahaya Bulan Kelantan. Selain daripada membeli belah di kawasan bebas cukai, Kelantan juga famous dengan pantainya yang cantik.

OH YAA... sebelum saya terlupa. Jika anda merancang untuk datang ke Pantai Mek Mas, saya sarankan untuk anda mengambil tahu beberapa info berkaitan pantai tersebut. Oleh kerana Pantai Mek Mas ini terletak di Semenanjung Malaysia. Secara umumnya, musim panas adalah musim yang terbaik kepada para pelancong untuk datang ke sini. Hal ini dikatakan demikian kerana pada musim ini mungkin cuaca yang baik untuk berada di pantai. Pada musim ini, mungkin kebanyakkan pelancong sangat suka ke sini kerana mereka dapat merasai suasana panas di tepi pantai dengan angin sepoi sepoi bahasa gituwww.

xoxo wahida ➧




MAKLUMAT DIRI


NORWAHIDA BINTI OSMAN
EYDA

HOSPITAL BERSALIN KUALA LUMPUR

EDUCATION :   DIPLOMA IN EVENT MANAGEMENT & DEGREE IN ENTERPRENEURSHIP HOSPITALITY

SHOPPING 

 ROMANCE

MELANCONG DAN SPORTS

FINANCE

FACEBOOK : Nor Wahida & INSTAGRAM : nnorwahida

LECTURER